Header Ads

Hak Orang Kurang Upaya

Khamis 8 Mei 2008 ( SInar Harian )

Tandatangani Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya tanda keprihatinan Kerajaan


KUALA LUMPUR- Kerajaan tidak perlu melobi untuk meratifikasi mana - mana Konvesyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memandangkan semua Konvensyen PBB adalah terbuka untuk ditandatangani dan diratifikasi di mana-mana negara ahli termasuk Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya (OKU) tersebut.


Demikian dijelaskan Menteri Pembangunan Wantia Keluarga dan Masyarakat, Datuk Ng Yen Yen ketika mengulas lanjut soalan yang dikemukakan di Parlimen, di sini semalam.

Kerajaan Malaysia amat prihatin akan isu-isu OKU dan ekoran itu kerajaan Malaysia menandatangani Konvensyen terbabit pada 8 April 2008 di Ibu Pejabat PBB, New York sebagai niat atau hasrat untuk meratifikasi Konvensyen tersebut.

Tambahnya lagi, kementeriannya juga sedang mengkaji implikasi undang-undang dan mendapatkan pandangan daripada agensi kerajaan berkaitan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebelum memperakukan kepada kerajaan cadangan untuk meratifikasi Konvensyen ini.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan tambahan mengenai penyediaan lebih banyak prasarana kepada golongan OKU, beliau menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai beberapa cara untuk menentukan perkara ini.

Yang pertama adalah mewujudkan akta untuk memberikan hak sendiri kepada pihak OKU dan ini dibuktikan dengan Akta OKU yang sudah diluluskan di Dewan Negara pada 24 Disember tahun lalu.

Kami telah merangka strategi untuk menjalankan akta ini yang juga terkandung bersama konvensyen "Rights Hear" OKU, jadi kita akan memberikan masa sehingga 2012 untuk semakan semula, jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa beberapa undang-undang tertentu yang menentukan pihak OKU untuk mendapatkan infrastruktur dan juga insentif cukai seperti belanjawan 2008, Kementerian Kewangan mengumumkan kepada pihak swasta yang menyediakan kemudahan infrastruktur kepada golongan kurang upaya akan diberikan pengecualian cukai.

Tambah beliau, kementerian menegaskan akan memburu mereka yang mengunakan golongan OKU sebagai mangsa sindiket tertentu untuk dikenakan tindakan yang tegas dan sewajarnya mengikut undang-undang seperti mana yang telah termaktub.

"Yang pertama adalah mewujudkan akta untuk memberikan hak sendiri kepada pihak OKU dan ini dibuktikan dengan Akta OKU yang sudah diluluskan di Dewan Negara pada 24 Disember tahun lalu"

Datuk Ng Yen Yen


No comments

Powered by Blogger.