Header Ads

Berita Baik! 10,000 jawatan kosong untuk OKU

Saudara/saudari semua,

Untuk makluman saya dan Sariah Ibrahim telah hadir ke taklimat khas oleh YB Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat pada 5/5/2008 jam 6 petang. Beliau memaklumkan dibawah RM9, 10,000 jawatan kosong di sektor awam telah diperuntukkan kepada OKU.

Pihak MFD telah memperjuangkan kelonggaran syarat iaitu kepujian dalam BM di peringkat SPM serta umur. Pihak SPA/JPA telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran untuk kita. Pihak MFD juga telah diarahkan untuk mencadangkan jawatan yang sesuai untuk kumpulan kita.

YB Menteri juga telah mengundang saya ke sidang akhbar jam 12 tgh pada 6/5/2008 bagi mempromosikan peluang pekerjaan tersebut.

Sehubungan dengan itu, saya memohon anda semua menghebahkan kepada semua rakan Pekak kita dan kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja dengan kerajaan membuat permohonan melalui persatuan masing-masing.

Format permohonan belum disediakan oleh JKM tetapi saya cadangkan supaya kita bersedia terlebih dahulu dengan menyediakan resume, salinan sijil (yang penting sahaja), jawatan yang dipohonkan (mengikut kelayakan dan minat anda) dan dihantarkan kepada persatuan Pekak negeri.

Selepas itu, pihak MFD akan menyerahkan permohonan kepada JKMM untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan sila menghubungi saya melalui emel.

Sekian dan terima kasih.


Yang benar,

Mohamad Sazali Shaari
msazali@yahoo.com
http://www.epekak.com

No comments

Powered by Blogger.