Persatuan sukan OKU di seluruh negara
Kosmo ( 28 july 2008)
PERSATUAN Sukan Orang Kurang Upaya akan ditubuhkan di seluruh negeri bagi memastikan pembangunan sukan yang membabitkan golongan itu terus diperluaskan dan diperkuatkan sama seperti sukan lain.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata penubuhan persatuan sukan itu dipersetujui pada Mesyuarat Penyelarasan Program Pembangunan Belia dan Sukan yang dipengerusikannya semalam.
Katanya, program pembangunan sukan bagi persatuan akan dirangka bersama-sama wakil persatuan dan Majlis Sukan Negeri masing-masing manakala dana bagi penubuhan persatuan itu masih belum ditentukan.
"Untuk menubuhkan persatuan sukan OKU bukan mudah kerana setiap jenis sukan itu tidak mempunyai atlet yang ramai jadi perancangan mengenainya perlu dibuat secara teliti baru boleh kita umumkan jumlah dana," katanya kepada pemberita.
Ismail Sabri berkata disebabkan itu, penubuhan persatuan sukan OKU akan dibuat secara berpusat untuk semua jenis sukan dan bukan di setiap daerah.
Katanya, mesyuarat turut membincangkan mengenai pemberian peruntukan secara terus kepada semua persatuan belia daerah sebanyak RM11.6 juta bagi fasa pertama dan peruntukan itu hanya akan disalurkan kepada persatuan yang berdaftar sahaja.
Mengulas mengenai undian perlawanan badminton bagi beregu lelaki pada Sukan Olimpik Beijing yang bakal berdepan laluan sukar, Ismail berkata bertemu lawan mudah atau tidak bukan faktor untuk melemahkan semangat perjuangan.
"Saya rasa atlet badminton kita sudah bersedia dan berada di tahap yang terbaik untuk berdepan dengan sesiapa sahaja," katanya.
Dalam undian baru-baru ini pasangan beregu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong perlu mengetepikan pasangan Jepun Shiuchi Sakamoto dan Shintaro Ikeda terlebih dahulu untuk bertemu pasangan nombor satu dunia Markis Kido dan Hendra Setiawan dari Indonesia pada peringkat suku akhir.
Sementara satu lagi pasangan negara Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah akan memulakan saingan menentang gandingan Korea Selatan Lee Jae Jin dan Hwang Ji Man, dan jika menang akan bertemu Luluk Hadiyanto dan Alvent Yulianto Chandra dari Indonesia atau pasangan Jepun Tadashi Ohtuska dan Keita Masuda untuk merebut tempat ke separuh akhir. - Bernama
SMAIL SABRI (tengah) menyemak dokumen sebelum mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Pembangunan Belia dan Sukan di Putrajaya semalam.

Post a Comment