Header Ads

10,000 peluang pekerjaan diwujudkan untuk OKU dalam sektor awam

KUALA LUMPUR 20 Jun – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju menyediakan 10,000 peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya (OKU) hasil perbincangan badan petugas khas kementerian yang dibentuk Mei lepas.

Menteri berkenaan, Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, JPA akan mula mengedarkan borang permohonan pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU mulai minggu depan, sekaligus memenuhi kuota satu peratus kakitangan perkhidmatan awam daripada kalangan OKU.

“Mereka (OKU) boleh mendapatkan orang berkenaan yang akan diedarkan kepada organisasi OKU seluruh negara dan permohonan mereka akan ditapis mengikut kriteria tertentu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.