Header Ads

Bantuan JKM diperluas

BUKIT MERTAJAM: Pemilikan kenderaan, perabot dan barangan elektrik tidak lagi diambil kira sebagai pertimbangan bagi bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada orang kurang upaya (OKU).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata keputusan itu dibuat bagi memudahkan proses peneri-maan bantuan golongan yang memerlukan.

"Memiliki kereta, motosikal, televisyen, peti sejuk dan kelengkapan lain tidak termasuk sebagai kriteria pertimbangan kepada OKU. Kita tidak mahu ia menjadi alasan tidak dapat bantuan JKM kepada golongan yang layak," katanya pada sidang media selepas melawat Kampung Sungai Lembu, Penanti dekat sini, semalam.


Katanya, OKU yang tiada upaya bekerja dan tiada sumber pendapatan tetapi memiliki sumber lain seperti insurans, pencen dan pencen terbitan, layak menerima bantuan RM150 sebulan.

"Bagaimanapun, jumlah sumber lain itu mesti tidak melebihi RM720 sebulan di Semenanjung, Sarawak (RM830) dan Sabah (RM960)," katanya.

Beliau berkata, penjaga OKU yang terlantar dan pendapatan keluarganya tidak melebihi RM3,000 sebulan, layak menerima bantuan RM300 sebulan.

-Berita Harian

4 comments:

  1. any idea where and how to obtain the application form for this subsidy? appreciate your help. :)

    ReplyDelete
  2. hi, kitten.. What u mean about? I don't understand.. The application form for OKU?

    ReplyDelete
  3. hi Selina.. thanks for reply.. I mean where can I apply for the OKU subsidy mentioned above? Do I have to visit the JKM?

    regards

    ReplyDelete
  4. Oh..Can visit their website http://www.jkm.gov.my/
    You can find there and can download the borang from there..If you not sure, you can contact them by email and phone.. U try click 'Hubungi kami'. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.