Test

Test

Deaf Boleh! Malaysia become top 10 finalist of Community Category

Deaf Boleh! Malaysia become top 10 finalist of Community Category
Thank you to DIGIWWWOW Awards! Next year I will try it again ya!

Masalah hilang pendengaran akibat kebisingan tempat kerja membimbangkan

BANGI 22 Julai — Kebisingan di tempat kerja dikenal pasti penyumbang utama kepada masalah pendengaran yang serius di kalangan rakyat di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai.

Beliau berkata jumlah mereka yang mengalamai masalah pendengaran akibat kebisingan itu terus menunjukkan peningkatan setiap tahun berbanding kecacatan semula jadi atau cacat pendengaran sejak lahir.

Kajian Institut Kesihatan Umum menunjukkan 424,000 penduduk negara ini dikesan mengalami masalah kepekakan akibat kebisingan di tempat kerja yang berpunca kepada pendedahan terlalu lama terhadap bunyi bising daripada peralatan seperti mesin dan jentera.

“Masalah ini perlu diberikan perhatian serius dan ditangani segera kerana jika berlaku kerosakan pada saraf telinga yang berpunca daripada kebisingan ia akan menjadi kecacatan kekal dan tidak akan pulih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen “Jom Dengar” di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.


Liow berkata masalah juga disebabkan tahap kesedaran yang rendah di kalangan majikan atau pekerja memandangkan hanya 23 peratus sahaja pekerja yang menggunakan alat pelindung pendengaran.

Beliau berkata selain menggunakan alat pelindung pendengaran pengesanan awal juga boleh dibuat melalui ujian audiologi di 19 buah klinik kesihatan dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara.

Selain itu, Liow berkata pendedahan terlalu lama melebihi lapan jam terhadap bunyi muzik yang kuat menerusi MP3, MP4, walkman, telefon bimbit dan di pusat hiburan turut menyumbang kepada masalah pendengaran.

“Mendengar muzik boleh tetapi ada hadnya. Para remaja khususnya perlu memandang serius masalah ini jika enggan deria pendengaran anda hilang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Liow yang juga Ketua Pemuda MCA enggan mengulas lanjut sama ada beliau akan berganding dengan Naib Presiden MCA Datuk Ong Tee Keat untuk bertanding jawatan tertinggi dalam parti itu pada pemilihan Oktober ini.

“Biarlah anggota parti yang tentukan...atau mungkin saya akan umumkan mengenainya selepas mesyuarat peringkat bahagian nanti,” katanya ringkas.

Pada Rabu lepas, Liow mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda pada pemilihan kali ini sebaliknya akan bertanding untuk jawatan lebih tinggi. — BERNAMA

From Utasan Malaysia
Share on Google Plus

About Selina Ooi

Deaf Boleh! Malaysia also carry their freedom to bring our voice and awarnesse to Deaf Community Malaysia too. With the spirit of "Boleh", Deaf Boleh! Malaysia always spread our idea to everyone, make Deaf Malaysian be inspired by Deaf role models who are successful and share our thought, voice, and opinion with everyone!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...