Header Ads

Had kelayakan bantuan OKU dinaikkan

Berita Baik!!

17 jun 2008 ( Kosmo )

Had kelayakan bantuan OKU dinaikkan
BANGI - Had kelayakan penerima elaun bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) yang sebelum ini ditetapkan kepada mereka yang berpendapatan sekitar RM750 sebulan, kini dinaikkan kepada RM1,200 sebulan bagi membolehkan lebih ramai golongan itu menerima bantuan.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beban yang ditanggung oleh golongan terbabit ekoran kenaikan harga minyak dan barangan keperluan lain.

Beliau memberitahu, elaun bantuan RM300 kepada semua penerima mengikut had kelayakan baru itu sudah disampaikan pada bulan lalu dan berharap ia bukan sahaja dapat mengurangkan beban mereka, malah membolehkan mereka berdikari.

"Mereka perlulah berdaftar dengan kementerian dan mengemukakan bukti seperti slip gaji bagi membolehkan mereka menerima elaun bantuan itu," kata- nya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini semalam.

Sementara itu, Yen Yen memberitahu, ekoran kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan, pihaknya juga sudah memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menaikkan elaun bantuan OKU dan golongan miskin yang berkeluarga daripada RM400 kepada RM700 sebulan.

1 comment:

  1. Anonymous9:30 PM

    Bagaimana sekiranya adik ipar saya, seorang yang berumur 35 tahun, seorang ahli berdaftar Kebajikan Masyarakat tetapi tidak bekerja? Beliau belum berkahwin dan sedang menjaga ibunya di rumah. Layakkah dia mendapat apa-apa bantuan sebagai seorang OKU?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.