Test

Test

Deaf Boleh! Malaysia become top 10 finalist of Community Category

Deaf Boleh! Malaysia become top 10 finalist of Community Category
Thank you to DIGIWWWOW Awards! Next year I will try it again ya!

Bayi 'bertutur' bahasa isyarat


Apabila bayi-bayi mempelajari bahasa isyarat, ia akan menyediakannya dengan 'alat' pendidikan yang hebat iaitu berkomunikasi lebih awal.


DANUTA Mikulska mengajar isyarat bahasa bunyi kepada beberapa ibu dan bayi di Warsaw, Poland baru-baru ini.


BAYI tidak boleh mengungkap kata dan oleh itu, mereka tidak berupaya menyuarakan apa yang mereka kehendaki. Bagi ibu-ibu, adakalanya ia membingungkan. Lantas tergetuslah di hati 'apalah yang dimahukan si kecilku ini?'.

Justeru, apakah ada cara untuk membantu si ibu dan bayi berkomunikasi dengan lebih baik? Gunakanlah bahasa isyarat! Itulah yang cuba diterapkan oleh beberapa pakar bahasa di Poland untuk membantu ibu-ibu berkomunikasi dengan bayi kecil mereka.

Kelihatan beberapa ibu giat mempelajari komunikasi bahasa isyarat dengan bayi-bayi mereka dalam sebuah kelas mengajar bahasa isyarat bayi di Warsaw, Poland baru-baru ini.


CERMIN turut digunakan untuk membantu pembelajaran.


Dikendalikan oleh pakar bahasa dan bayi, Danuta Mikulska, bayi-bayi comel itu nampak tertarik dengan pergerakan tangan dan jari yang dipamerkan kepadanya.

Mikulska dan pakar bahasa percaya bahawa komunikasi ini dapat membantu komunikasi sementara kanak-kanak itu belajar bercakap.

Untuk mendapat gambaran bagaimana bahasa isyarat ibu dan bayi ini berfungsi, mungkin beberapa senario ini dapat lebih membantu. Bayangkan, bayi kecil anda yang berusia 10 bulan menangis pada pukul 3 pagi secara tiba-tiba dan anda tertanya-tanya apa yang dikehendakinya. Berjam-jam lamanya, tangisan makin kuat dan anda terus dicengkam keresahan.



BAHASA isyarat membolehkan ibu-ibu berkomunikasi secara lebih baik dengan bayi-bayi mereka.


Bayangkan pula, bayi anda itu menangis pada waktu yang sama dan anda datang kepadanya. Kemudian, dia menunjukkan isyarat tangan mahukan teddybear dengan membuat isyarat memeluk tubuh dan anda secara serta merta mengetahui bahawa dia mahukan teddybearnya. Bukankah itu lebih mudah?

Bukan itu sahaja. Bahkan menerusi bahasa isyarat juga, si comel akan tahu 'menyuarakan' apa yang dihajatinya dengan bahasa tubuh sama ada ketika mahukan susu, ketika perutnya sakit, ketika ingin menonton video kegemarannya dan sebagainya.

Secara umumnya, bahasa isyarat bayi adalah satu mekanisme interaksi antara anda dan bayi anda menggunakan tangan atau pergerakan tertentu yang membawa maksud.

Bagaimanapun, kaedah bahasa isyarat bayi ini bukanlah satu yang baru di dunia dan ia telah diaplikasikan secara meluas di beberapa buah negara lain.


Tangan, antara anggota utama untuk bahasa isyarat.


Di Amerika Syarikat (AS), pengajaran bahasa isyarat kepada bayi telah mula dibangunkan oleh profesor emeritus psikologi University of California, Linda Acredolo dan profesor psikologi, Susan Goodwyn dari California State University. Kajian mereka telah bermula seawal tahun 1982 lagi.

Faedahnya, sudah tentulah ia dapat mengurangkan tekanan dan kekecewaan dalam kalangan bayi dan ibu-ibu, bapa-bapa atau penjaga-penjaga itu sendiri. Si kecil tidak berasa kecewa dan akhirnya menangis sekuat hati kerana dia tahu bagaimana untuk 'memberitahu' apa yang dikehendaki dan para penjaga pula tidaklah keletihan untuk memuaskan kerenah bayi.

Tambahan pula, kaedah ini dapat mendidik kanak-kanak agar tahu mengekspresikan apa yang mereka rasa dan fikir sejak kecil lagi.

Apabila bayi-bayi mempelajari bahasa isyarat, ia akan menyediakannya dengan 'alat' pendidikan yang hebat iaitu berkomunikasi lebih awal. Selain itu, ia juga dapat menyemai pemikiran kreatif terhadap bayi.


SI comel turut terpegun melihat 'permainan jari' yang ditunjukkan kepadanya.


Namun begitu, kaedah ini tidak terlepas daripada menerima pandangan skeptikal di awal penemuannya. Ada yang mendakwa, menggunapakai kaedah ini akan melambatkan keupayaan bayi bertutur.

Tetapi kajian telah membuktikan sebaliknya. Acredolo telah menerima pembiayaan daripada Institut Kesihatan AS untuk mengkaji pembangunan bahasa verbal antara bayi berbahasa isyarat dan bayi yang tidak. Hasil kajian itu yang dikeluarkan pada tahun 2000, mengejutkan para pengkritik kerana bayi berbahasa isyarat dilihat lebih terkehadapan dalam kemahiran bertutur.

Banyak kajian seterusnya turut mengesahkan perkara yang sama. Kebanyakan bayi berbahasa isyarat bercakap lebih awal daripada bayi yang tidak mempelajari bahasa isyarat.

Kosmo (Family) 23 mei 2008


Share on Google Plus

About Selina Ooi

Deaf Boleh! Malaysia also carry their freedom to bring our voice and awarnesse to Deaf Community Malaysia too. With the spirit of "Boleh", Deaf Boleh! Malaysia always spread our idea to everyone, make Deaf Malaysian be inspired by Deaf role models who are successful and share our thought, voice, and opinion with everyone!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...