Header Ads

Pengurangan Cukai Taksiran 50 Peratus Kepada OKU Rakyat / Disability Citizen daripada Kerajaan Negeri Selangor


"SHAH ALAM 20 MAC : Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengurangkan bayaran cukai taksiran sebanyak 50 peratus kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memiliki rumah di seluruh Selangor dan diskaun in berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK, di sini.

Abdul Khalid memaklumkan pengurangan cukai taksiran itu bertujuan membantu meringankan beban OKU yang perlu berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi di Selangor terutamanya di kawasan bandar.

Juga bagi mengiktiraf sumbangan OKU kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Negeri Selangor,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pengurangan itu hanya tertakluk kepada OKU yang mendiami rumah tersebut. Jika rumah itu disewakan kepada pihak lain, mereka tidak layak menikmati pengurangan tersebut.

Kerajaan negeri yakin pemberian kedua-dua diskaun ini tidak akan menjejaskan pendapatan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana kita telah berjaya menjimatkan lebih RM 80 juta sepanjang tahun lalu hasil penamatan perkhidmatan Alam Flora selain amalan tender terbuka dan pelaksanaan meluas konsep "Value for Money".

Kita juga telah memberikan lebih 10,000 geran tanah kepada rakyat Selangor menerusi Skim Pemilikan Kediaman Persendirian dengan hanya mengenakan premium RM 1,000, katanya.

Beliau menambah pengurangan itu adalah yang kedua diberikan Kerajaan Negeri selepas diskaun cukai pintu 25 peratus kepada pemilik rumah flet kos rendah dengan syarat mereka tinggal di rumah berkenaan."


Source by Portal Kerajaan Negeri Selangor website: http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/436

No comments

Powered by Blogger.